Blogger Widgets

Pages

Wednesday, 13 February 2013

Sub Etnik Murut


Istilah Murut adalah asing Bagi kaum Murut itu sendiri, walau bagaimanapun untuk tujuan bancian label Murut ini digunakan sehingga ke hari ini, Pernah suatu ketika dahulu ketika ketua Murut ditanya apa nama kaum mereka maka beliau menjawab “Tagol” @ Tagal kerana mereka tinggal di sepanjang sungai tersebut. Dahulu kecenderungan kaum Murut tidak menggunakan Murut sebagai label utama nama kaum mereka, menjadikan kaum Murut terbentuk kepada beberapa sub seperti yang demikian.  Berikut merupakan antara sub kaum Murut yang dipetik daripada G.N. Appell (1968):

Murut Tagal/Tagol/Tahol            


Daerah Pensiangan sepanjang Sungai Tagol dan merangkumi Rundum; Daerah Sipitang antara Iburu dan Melamam, terutamanya merangkumi sepanjang hulu sungai Padas dan Melingan.

Murut Timogun/Timugon
Kawasan dataran daerah  Tenom; Sepanjang muara Padas ke atas dan bawah Beaufort.

Murut Sumambu
Sungai Telecosan@telokoson  dan Tommani cawangan sungai Padas. 

Murut Paluan
Kemabong sekitar daerah Tenom; Sook dan Bokun area Daerah Keningau: Pegunungan sebelah tebing kiri sungai Padas bawah tenom. 

Murut Nabai
Sekitar Keningau ke barat sungai Pegalan.

Murut Bookan/Baukan
Hulu Sook area Daerah Keningau.

Pa Matang
Hulu sekali sungai Pedas.  

Megalong
Muara sungai Megalong.

Murut Kolur/Kolor
Hulu sungai Padas kemungkinan Murut sebelah utara.

Murut Tenggara
Bahagian atas sungai Kuamut dan sungai Kuamut.


Murut Kalabakan/Sembakung
Sungai Kalabakan, Daerah Tawau dan Sampai bahagian atas sungai Kuamut.

Walau bagaimanapun Pa Matang dan Megalong dikatakan merujuk kepada kumpulan Lun Daye.  Kini terdapat juga sub-sub Murut lain yang dikenali sebagai Murut Tatana, Murut Binta, Murut Silungai, Murut Sapulut,  Murut Pinango, Murut Sarudung, Murut Abui-abui dan lain-lain lagi, pelabelan ini biasanya diberikan oleh kaum Murut itu sendiri biasanya jika terdapat sedikit kelainan pertuturan dan budaya dari suatu kumpulan Murut tersebut. Walau bagaimanapun  hanya terdapat 8 sub suku Murut  yang telah diiktiraf oleh Persatuan Murut Sabah (PMS) iaitu Murut Tagol, Timugon, Kolor, Nabai, Paluan, Sembakung, Gana dan Baukan.

2 comments:

murut tenggara kalabakan said...

Salah sudah kw ni bos. Murut tenggara tu adalah murut kalabakan.... Tengok dulu asal usul murut tenggara....keturunan charles flint ada di kalabakan bos bukan di kuamut...

murut tenggara kalabakan said...

Jangan kelirukan orang lain pasal murut tenggara...