Murut merupakan satu suku kaum yang
terdapat di Malaysia khususnya di Sabah. Suku kaum ini merupakan suku kaum yang
tertua di Sabah. Dahulu mereka dikenali sebagai
North Borneo Head Hunter. Majoritinya, mereka menetap di kawasan
pedalaman, terutamanya di daerah Tenom, Keningau, Nabawan Pensiangan, dan di
perbatasan sempadan Sabah, Sarawak dan (Kalimantan, Indonesia).
Dahulu mereka hidup dengan harmoni
tinggal di rumah panjang yang terdiri daripada 1 hingga sepuluh ataupun lebih
di dalam sebuah rumah panjang. Amnya mereka menjalankan aktiviti memburu,
menangkap ikan air tawar dan pertanian pindah. Mereka bercucuk tanam seperti padi bukit, buah-buahan dan juga
sayur-sayuran disamping memungut hasil hutan seperti rotan, damar, gaharu dan
juga madu lebah.
Kini arus globalisasi masyarakat
Murut tidak semata-mata bergantung dengan aktiviti tradisional namun melibatkan
diri dalam bidang profesional dan non-profesional turut berkhidmat di sektor
awan dan juga swasta. Bah kan kini masyarakat Murut mulai meninggalkan budaya tinggal di rumah panjang dengan menetap di rumah persendirian.
Asimilasi dengan arus globalisasi kini telah membawa perubahan terhadap budaya
mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat
ini masih lagi teguh dengan adat Istiadat mereka.
No comments:
Post a Comment